Dua pegawai Imigresen positif Covid-19

0
196

CYBERJAYA – Dua kakitangan Jabatan Imigresen (JIM) yang bertugas di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih, Selangor disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Dr. Noor Hisyam Abdullah berkata, dua pegawai itu merupakan kontak rapat kepada salah seorang tahanan yang dikesan positif selepas ujian saringan penghantaran pulang ke negara asal.

“Mereka adalah dua daripada empat pegawai JIM yang terlibat mengiringi tahanan ketika ujian saringan di Klinik Kesihatan.

“Sehubungan itu pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan melibatkan 269 individu iaitu 134 tahanan dan 129 kakitangan depoh terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisyam berkata, bagi kes tersebut, kes jangkitan telah diisytiharkan sebagai kluster DTI Semenyih 2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here