Dua pelajar positif Covid-19 di Klang

0
426
Gambar hiasan

PORT KLANG – Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman hari ini mengesahkan dua pelajar dari sebuah sekolah menengah di sini dikesan positif Covid-19.

Memetik laporan The Star, kes tersebut telah dimaklumkan oleh Dr. Sha’ari kepada Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Izmi Ismail berkata, pihaknya telah maklum mengenai kes tersebut dan kedua-dua pelajar kini sedang menjalani kuarantin.

“Jabatan Kesihatan telah melawat sekolah berkenaan dan kerja-kerja nyah kuman di bilik kelas telah dilakukan,” katanya.

Terdahulu, kes positif Covid-19 melibatkan dua pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendamaran Jaya tular dalam mesej WhatsApp yang meminta para guru bertindak segera melakukan proses nyah kuman di bilik kelas.

Orang ramai juga menggesa pihak sekolah mengehadkan pergerakkan pelajar dengan tidak membenarkan aktiviti secara berkumpulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here