Elak nama sama ayam goreng, Kedah pilih nama DFC

0
186
Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR – Tidak mahu nama baharu pasukan bola sepak Kedah selepas diswastakan disamakan dengan nama ayam goreng, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memilih nama Darulaman FC (DFC) sebagai pilihan.

Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berikutan itu proses penswataan kelab daripada Persatuan Bola Sepak (FA) ke Kelab Bola Sepak (FC) telah selesai dilakukan dan mengikut garis panduan ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk Liga Malaysia pada musim ini.

Sanusi berkata, nama yang didaftarkan adalah Darulaman Football Club Sdn Bhd. (DFCSB) dan bakal tampil dengan logo baharu.

“Bila kita fikir-fikir Kedah Footbal Club akan jadi KFC, (kita) tidak mahu jadi ayam goreng, nak elak daripada ayam goreng kita namakan DFC, masih guna warna yang sama, lagu yang sama, hijau kuning, kita boleh bersorak sama, logo kena lain, DFC kena ada logo sendiri lah,” katanya.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, satu logo baharu juga akan dicipta dengan mengekalkan imej sedia ada Kedah.

“Bayangan logo baharu pula ada imej bola, bunga padi, perisai, bintang, warna hijau dan warna kuning.

“Kita mesti ada imej padi, hijau,kuning, merah, bola serta ada perisai dan juga bintang.

“Apa yang kita gabungkan ini ada keterangan dan penjelasannya dan kita akan terangkan sedikit masa lagi semasa masa pelancaran nama baharu kelab ini nanti.

“Secara formalitinya penswastaan ini hanyalah pada atas kertas sahaja, sementara sokongan rakyat Kedah pada bola sepak pula, Kedah itu masih guna gelaran Hijau Kuning dan lagu yang sama, cuma kita kena letak nama baharu sahaja,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here