Emkay lancar The Mulia Residances fasa kedua esok

0
324


CYBERJAYA- Kumpulan Emkay melalui anak syarikatnya, Zen Bestari Sdn. Bhd. akan melancarkan fasa kedua rumah kediaman The Mulia Residences (TMR) esok.


Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM180 juta, fasa kedua TMR merangkumi 133 unit rumah teres tiga tingkat premium dengan tiga jenis pilihan.


Kediaman berkenaan merangkumi unit tengah (2,386 kaki persegi), unit akhir (3,275 kaki persegi) dan unit tepi (3,275 kaki persegi) dengan harga bermula RM985,555.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Emkay, Jayasangaran Dhanapal berkata, tempahan fasa kedua TMR telah dibuka pada Mac lalu dan telah mendapat sambutan yang amat baik.


“Daripada jumlah 133 unit itu, sebanyak 60 peratus telah ditempah. Struktur TMR fasa kedua ini juga telah memenangi anugerah reka bentuk terbaik baru-baru ini.


“Saya percaya, perkembangan itu menjadi faktor pendorong kepada pembeli selain yang harga yang bersesuain,” katanya dalam taklimat kepada media berkenaan TMR fasa kedua hari ini.


Menurut Jayasangaran Dhanapal, Emkay juga menyokong Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diperkenalkan kerajaan yang menyumbang kepada penjualan yang menggalakkan.


“Walaupun ketika ini kita berdepan dengan pandemik Covid-19, semua berjalan lancar dan dijangka siap seperti yang dijadualkan.Ketika ini, kami juga melabur dalam pemasaran digital.


“TMR fasa pertama dijangka siap pada Februari 2022 manakala, TMR fasa kedua pula dijangka siap mengikut perancangan pada Ogos 2023,” katanya.


Selain itu katanya, TMR yang dibina di Cyber 10 itu secara keseluruhan membabitkan pembangunan 383 unit rumah teres premium tiga tingkat dan 417 apartmen premium pertengahan.

“Projek perumahan ini dilancarkan pada April tahun lalu dengan fasa pertama (250 unit) dijual sepenuhnya.  Dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM737 juta, TMR akan dibangunkan dalam tiga fasa. 


“Fasa ketiga TMR yang merangkumi 417 apartmen premium pertengahan akan dilancarkan pada akhir tahun hadapan,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here