
CYBERJAYA – Pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, terpaksa menjalani pembedahan di beberapa bahagian badan termasuk muka selepas terlibat dalam satu kemalangan malam tadi.
Menerusi laman sosialnya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai mendoakan suaminya.
“Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
“Banyak kecederaan di muka, semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya.
Sementara itu ramai warga maya turut mendoakan kesihatan Fedtri yang juga penulis lirik lagu terkenal.-MT