
CYBERJAYA – Bekas bintang AS Roma, Francesco Totti meluangkan masa untuk melawat seorang gadis remaja yang baru sedar daripada koma.
Ilenia Matilli, 19, yang terlantar selama sembilan bulan dilaporkan mula sedarkan diri secara berperingkat selepas mendengar suara Totti
Memetik laporan antarabangsa, ibu bapa Matilli sebelum ini meminta bantuan Totti untuk memberikan kata semangat buat anaknya itu.
Totti menerusi kiriman suara memberi kata-kata semangat termasuk meminta remaja tersebut supaya tidak berputus asa dan terus bertahan
Sejurus sedar, Matilli menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan bekas penyerang antarabangsa Itali itu.
Kedua-dua mereka sempat meluangkan masa beramah mesra ketika Totti hadir melawat remaja itu di hospital.