Gangguan air: Lagi 4 hari perlu bersabar

0
246
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kira-kira 1.2 juta pengguna air perlu bersabar sekurang-kurangnya empat hari lagi sebelum gangguan bekalan air di tujuh wilayah di Lembah Klang kembali pulih.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata, ini kerana Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap 0 Ton.

Bagaimanapun, katanya, setakat pukul 2.30 petang tadi pencemaran masih dikesan di muka sauk loji berkenaan dan berada pada tahap 1 Ton.

“LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 hanya akan mula beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh tiga kali berturut-turut.

Ujian bacaan tiga kali ini dibuat setiap 30 minit antara satu bacaan,” katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, apabila LRA itu mula beroperasi, pengguna dijangka mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari.

Sejak semalam, tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan air hari ini selepas empat LRA dihenti tugas selepas berlaku pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor.

Tujuh wilayah itu ialah iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat yang akan mengalami gangguan air bermula pukul 10 pagi hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here