Gerai laksa dikendali rakyat Indonesia diroboh dan disita

0
422
Anggota DBKL menyita serta merta barangan daripada gerai yang dikendalikan oleh warga asing hari ini

CYBERJAYA – Dua buah gerai makanan yang dikendalikan oleh warga asing dari Indonesia disita dan dirobohkan serta merta selepas melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja dan Gerai 2016.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua gerai itu menjalankan perniagaan di Jalan 1/23E Taman Setapak Indah dan Jalan Jernai 1, Kuala Lumpur.

“Dengan kekuatan 16 anggota, operasi telah bermula pada jam 11 pagi dengan menguatkuasakan tindakan di bawah UUK3(1)
Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai 2016,” katanya.

Dalam pada itu, DBKL menegaskan bahawa
tindakan seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, DBKL meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menyalurkan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL jika ada maklumat mengenai warga asing mengendalikan aktiviti perniagaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here