Google Map papar fungsi penularan Covid-19

0
131
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aplikasi navigasi telefon pintar dan web, Google Map mengumumkan akan memaparkan titik kes Covid-19 pada perisian peta mereka melalui maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber utama.

Ciri terbaharu Google Map itu akan membantu pengguna mengesan kewujudan kes di sesuatu kawasan berdasarkan kod-kod warna tertentu.

Menurut kenyataan pengeluar perisian itu, walaupun kebanyakan negara telah membangunkan aplikasi pemantauan kes Covid-19 tersendiri, ciri-ciri yang ditambah pada Google Map itu melengkapkan lagi pengalaman orang ramai menggunakan aplikasi itu.

Sebagai aplikasi navigasi pilihan jutaan pengguna di seluruh dunia, paparan kes Covid-19 yang disiarkan secara terkini dapat membantu orang ramai mengelak kawasan yang mempunyai risiko jangkitan.

Selain digunakan sebagai aplikasi navigasi dalam kenderaan, maklumat dan ciri yang sama juga tersedia dalam format laman web biasa. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here