
CYBERJAYA – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GPS) secara rasmi berjaya membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu selepas berjaya memperoleh 38 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, yang diadakan semalam.
Parti Warisan yang bertanding bersama sekutunya iaitu PKR dan UPKO pula hanya mendapat sebanyak 32 kerusi DUN.
Dalam pada itu, dalam PRN tersebut, empat calon Bebas berjaya membuat kejutan dengan mengalahkan calon-calon daripada GRS dan Warisan Plus.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, dalam PRN itu sebanyak 749,083 orang atau 66.61 peratus telah keluar mengundi.
Beliau berkata, jumlah itu meliputi jumlah pengundi biasa, awal dan pengundi pos yang telah mengundi.
“Secara keseluruhan SPR berpuas hati dengan proses pengundian semalam dan pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.
“Selain itu, PRN ini juga tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-MT