Guan Eng akan didakwa lagi, libatkan dua pertuduhan

0
189

CYBERJAYA- Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Jumaat ini membabitkan dua pertuduhan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin, terdapat dua pertuduhan yang dikenakan terhadap Guan Eng mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaa berkaitan dengan kesalahan salah guna harta untuk kepentingan peribadi atau menyebabkan seseorang melupuskan harta tertentu.

Difahamkan, harta yang terlibat ialah tanah.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Seksyen 403 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda serta boleh dikenakan denda.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini pada sebutan semula kes meminta rasuah bekas Menteri Kewangan itu.

Pada 7 Ogos lalu, Guan Eng didakwa atas tuduhan mengaku tidak bersalah meminta rasuah daripada seorang pengarah syarikat iaitu 10 peratus daripada keuntungan berhubung projek terowong bawah tanah.

Pada 10 Ogos lalu, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan menerima rasuah RM3.3 juta berkaitan projek sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here