Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah esok pagi

0
183
Datuk Hajiji Noor menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini

KOTA KINABALU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu esok pagi.

Hajiji berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebentar tadi.

“Alhamdulillah, Yang di-Pertua Negeri menjemput untuk memaklumkan saya bakal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Pihak istana turut memaklumkan saya akan mengangkat sumpah jam 10 pagi esok,” katanya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro hari ini.

Teka teki siapa bakal Ketua Menteri Sabah akhirnya terungkai selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Perkara itu turut dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dripada Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Pengerusinya, Bung Moktar Radin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here