Hajiji angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah

0
164
Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, di sini hari ini.

Dalam majlis yang berlangsung kira-kira pukul 10.30 itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam masing-masing menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri II dan Timbalan Ketua Menteri III.

Selain itu, Bung Moktar turut memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Jeffry juga dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan manakala Joachim sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.

ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here