Hajiji diumum calon Ketua Menteri jika menang PRN Sabah

0
197
Datuk Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri baharu Sabah jika berjaya menawan negeri itu dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Memetik laporan Utusan Online, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri mengumumkan perkara demikian di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran pagi ini

Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor diumumkan sebagai calon Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan Negeri Di Bawah Bayu daripada Parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan demikian di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran di sini pagi ini.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi siapakan calon Ketua Menteri Sabah daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), komponen Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam PRN kali ini, BN mempunyai wakil paling ramai bertanding iaitu sebanyak 40 kerusi manakala PN sebanyak 29 kerusi.

PBS yang menyokong gabungan itu pula bertanding di 15 kerusi.

Sementara itu, hari ini merupakan hari penamaan calon bagi semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here