Hishammuddin diarahkan jalani kuarantin 14 hari

0
275
Hishammuddin (kanan) bersama Sufian (tengah) ketika berkempen di PRN Sabah

CYBERJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diarah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin diri di rumah selama 14 hari berikutan menjadi kontak rapat kepada seorang calon Barisan Nasional (BN) yang disahkan positif Covid-19 ketika berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau berkata, biarpun saringan awal yang dibuat ke atasnya sebaik tiba dari Sabah baru-baru ini negatif, risiko jangkitan tetap ada.

“Memandangkan di Sabah baru-baru ini saya telah pergi ke Pitas bagi membantu kempen calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim yang telah disahkan positif covid-19.

“Hari ini saya telah diarah oleh KKM agar jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut berharap jentera BN yang disahkan positif Covid-19 supaya bertabah dan segera sembuh.

“Biarpun semasa kempen tempoh hari setiap prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi namun kita berdepan dengan virus yang tidak boleh dilihat.

“Risiko dijangkiti tetap tinggi. Sebab itu saya kagum, biarpun sedar risiko ini, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat jentera BN untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here