Hukuman gali kubur pesakit Covid-19 kerana tidak pakai pelitup muka

0
269
Gambar hiasan

JAKARTA – Warga Jawa Timur di Indonesia yang didapati tidak memakai pelitup muka di tempat awam dikenakan hukuman menggali kubur pesakit Covcid-19.

Hukuman yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa itu bertujuan mendidik orang ramai tentang kepentingan memakai alat pelindung ketika keluar di khalayak ramai.

Pada awal bulan ini, lapan individu ditahan dan dikenakan hukuman khidmat sosial itu di Gresik.

Pesalah bagaimanapun diberikan pilihan untuk menjalani hukumam tersebut atau membayar denda kira-kira RM42.

Ketua Daerah Gresik, Suyobo berkata, walaupun denda yang dikenakan tidak terlalu mahal, kebanyakan pesalah memilih hukuman khidmat sosial termasuk kerja-kerja pembersihan.

“Hukuman menggali kubur diharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai tentang bahaya wabak Covid-19.

“Bagaimanapun tugas mereka hanya menggali dan tiada antara mereka terlibat dalam kerja-kerja pengebumian mangsa Covid-19,” katanya memetik laporan CNN Indonesia.

Walaupun pemakaian pelitup muka mula diwajibkan di negara itu sejak Julai lalu, masih ramai penduduk terutama di pinggir kota yang mengabaikannya.

Di Indonesia, sekurang-kurangnya 230,000 orang telah dijangkit Covid-19 dengan 160,000 daripadanya pulih dan 9,100 orang maut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here