IKIM anjur program beri kefahaman pengurusan harta selepas kematian

0
260
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM, Shamsiah Md. Supi ketika membentangkan kertas kerjanya dalam Kursus Pengurusan Harta Keluarga Islam Siri 2020, baru-baru ini. – GAMBAR IHSAN IKIM

CYBERJAYA – Aspek pengurusan harta selepas kematian adalah antara cabaran yang besar kepada masyarakat Islam kerana ia dilihat amat sukar dengan perosedur-prosedur yang tersendiri.

Kewujudan birokrasi dan prosedur yang tidak dapat dielakkan, contohnya dalam proses permohonan pembahagian pusaka kecil, dianggap sebagai rumit dan merenyahkan.

Bagaimanapun, kerumitan ini perlu sebagai bukti ‘hitam putih’ kepada dokumentasi pengurusan tersebut, dan sebagai salah satu pendekatan bagi menambah kefahaman orang ramai, pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu program bimbingan khusus buat orang ramai.

Program ‘Kursus Pengurusan Harta Keluarga Islam Siri 2020’ ini dianjurkan di Dewan Besar IKIM di Kuala Lumpur pada 8 hingga 9 September lepas dan mengumpulkan beberapa tokoh dan pakar dalam bidang pengurusan harta.

Sebanyak tujuh sesi diadakan, merangkumi sesi pengenalan kepada pengurusan harta keluarga Islam; hibah dari aspek hukum, prosedur dan pengalamannya di Malaysia; wasiat dari sudut hukum, undang-undang prosedur dan kes-kes yang pernah diputuskan oleh mahkamah syariah; pengurusan harta orang hilang (mafqud); harta sepencarian; pewarisan dalam Islam; dan hal-ehwal pentadbiran harta pusaka orang Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here