
CYBERJAYA – India melaporkan kes positif Covid-19 harian tertinggi dunia apabila sebanyak 90,632 kes dilaporkan hari ini.
Menurut portal The Guardian, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara itu adalah berjumlah 4,113,811 kes dengan 70,626 kematian.
Setakat ini, negara Asia Selatan itu mempunyai kadar pertambahan kes positif paling pantas berbanding negara-negara lain.
Pakar meramalkan, India bakal memintas Brazil yang kini di tangga kedua dunia dengan 4,137,521 kes keseluruhan, dalam masa beberapa hari lagi.