Individu tidak bergejala dan negatif saringan tidak wajib kuarantin

0
147
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Individu yang pulang dari Sabah tidak diwajibkan menjalani kuarantin jika ujian saringan Covid-19 disahkan negatif, tidak bergejala dan mempunyai kontak rapat dengan individu positif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari, golongan berkenaan dinasihatkan menjalani kawalan kendiri termasuk berada di rumah sehingga tamat tempoh.

“Mereka juga dinasihatkan tampil ke Pusat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan untuk membuat ujian swab pada hari ke-13 bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada Covid-19,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19, semalam. 

Dr. Noor Hisham berkata, individu pulang dari Sabah yang positif akan dirawat di hospital manakala yang negatif tetapi bergejala dan mempunyai kontak rapat dengan individu positif perlu menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari. 

“Mereka juga dipakaikan dengan gelang merah jambu,” katanya. 

Penjelasan itu sekali gus melegakan kebimbangan orang awam berikutan laporan media berhubung mereka yang pulang dari Sabah tidak perlu dikuarantin jika ujian swab mendapati mereka negatif. 

Kerajaan mula mewajibkan individu yang pulang dari Sabah menjalani ujian saringan di KLIA dan KLIA2 sejak Ahad lepas berikutan peningkatan tinggi kes di beberapa daerah di negeri berkenaan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here