
CYBERJAYA – Seorang lelaki dipercayai maut, manakala seorang lagi cedera parah dalam satu insiden tembakan di hadapan Sekolah Menengah Telok Datok, di Banting, tengah hari tadi.
Insiden tersebut turut menyebabkan satu kemalangan di antara sebuah kereta BMW dan sebuah Proton Wira.

Memetik laporan Harian Metro, pemandu BMW tersebut dijumpai tersepit dalam kenderaan dengan empat das tembakan di bahagian dada, tangan dan kaki.
Mangsa kemudiannya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Turut mengalami kecederaan adalah dua individu yang menaiki sebuah lagi kenderaan serta tiga pelajar sekolah.