Jalan Palestin ganti Jalan Raja Laut 1

0
677
Nama Jalan Palestin yang dirasmikan hari ini

KUALA LUMPUR – Nama Jalan Raja Laut 1 di ibu negara di sini ditukar secara rasmi kepada Jalan Palestin.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook MyAqsa, perasmian itu dilakukan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Duta Besar Palestin.

“Ini menjamin dan memperluaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang bersaudara dan mengesahkan sokongan Malaysia dan rakyat Malaysia kepada Palestin dan rakyat Palestin,” katanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur (kiri) dan Duta Besar Palestin (dua dari kanan) merasmikan nama Jalan Palestin

Jalan Raja Laut 1 yang terletak dalam kawasan Chow Kit merupakan kawasan tumpuan dan berada di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Mengikut sejarah Raja Laut merupakan antara tokoh penting dalam era awal Kuala Lumpur.

Pada tahun 1880 Raja Laut dilantik sebagai penghulu bagi masyarakat Melayu dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul pada waktu itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here