Jana pendapatan bersama Bebimora sebagai ejen atau wakil jualan

0
1158
Pengasas Bebimora, Intan Maziah Ismail menunjukkan produk penjagaan bayi keluaran jenama Bebimora yang terdapat di Malakat Mall.

CYBERJAYA – Bebimora iaitu barangan khusus untuk penjagaan bayi kini membuka peluang kepada mana- mana individu di seluruh negara untuk menjadi ejen atau wakil jualan produk berkenaan.

Pengasas Bebimora, Intan Maziah Ismail berkata, pihak pengurusan Bebimora telah menyasarkan untuk mencari sebanyak 1,000 ejen bagi produk berkenaan menjelang akhir tahun ini.

Intan Maziah Ismail

Beliau berkata, walaupun baru memasuki pasaran selama dua bulan, jenama Bebimora yang diasaskannya telah berjaya menarik keyakinan pelanggan di seluruh negara.

“Sebab utama kami ingin mencari ejen di seluruh negara ialah kerana produk ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna. Apabila ada agen, pengedaran produk akan lancar.

“Ketika ini, kita sudah mempunyai sebayak 15 orang stokis di seluruh negara kecuali Sarawak. Sekarang kita memberi fokus untuk mencari ejen atau wakil jualan di setiap negeri.

Empat produk utama Bebimora iaitu mandian Head To Toe, Minyak Telon, Losyen Badan dan Bebimora Diapants.

“Dalam masa yang sama, kita ingin melihat produk jenama Bebimora ini menembusi pasaran luar negara terutamanya negara-negara Islam. Dalam masa terdekat kita fokus kepada Singapura dan Brunei,” katanya.

Menurut Intan Maziah, banyak kelebihan apabila menjadi ejen atau wakil jualan Bebimora termasuk mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan serta mendapat produk pada harga terbaik.

“Untuk menjadi ejen amat mudah, mereka yang berminat boleh melayari laman web www.bebimora.com selain mengunjungi laman Facebook rasmi Bebimora untuk mendaftar secara dalam talian,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, Bebimora mempunyai empat produk utama iaitu Mandian Head to Toe, Losyen Badan, Minyak Telon Bayi dan terbaharu, lampin pakai buang Bebimora Diapants.

Mandian Head To Toe

Intan Maziah berkata, produk baharu Bebimora Diapants yang dilancarkan pada tiga minggu lalu telah terjual sebanyak 4,000 unit dan pihaknya menyasarkan jualan sehingga 15,000 menjelang Disember.

“Bebimora Diapants ini sebenarnya kami keluarkan khas untuk umat Islam dan kualitinya setanding dengan jenama besar. Kami tambah nilainya dengan ia bebas klorin dan bebas wangian.

“Kriteria ini sebenarnya sangat penting dan bagus kerana ia sesuai untuk bayi terutamanya yang kulit sensitif, kami datangkan Bebimora Diapants ini dengan saiz M, L dan XL. Bungkusan merah pula untuk tarik perhatian kanak-kanak.

Kualiti Bebimora Diapants adalah setanding dengan jenama lain di pasaran.

“Bagi barangan penjagaan bayi lain pula, setakat ini sebanyak 3,000 botol sudah terjual dan Insha-Allah kami menyasarkan sebanyak 10,000 botol dapat dijual sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Mengimbas kembali bagaimana ‘lahirnya’ produk Bebimora, Intan Maziah berkata, jenama itu muncul daripada rasa tanggungjawab untuk membantu umat Islam mendapatkan produk penjagaan bayi halal.

”Saya hasilkan produk jenama Bebimora ini dengan menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki dalam kajian dan pembangunan (R&D) dalam bidang kejuruteraan kimia di Jepun.

“Idea atau terciptanya produk Bebimora ini bermula pada September tahun lepas, diikuti dengan fasa kajian dan pekembangan produk, dan akhirnya berjaya disiapkan pada Mac lalu.

Minyak Telon

“Alhamdulillah, sekarang produk ini telah dipasarkan di 20 pasar raya halal di Melaka dan terbaharu ditempatkan di Malakat Mall, Cyberjaya. Selepas ini, Insha-Allah kami akan luaskan lagi pasarannya,” Ujar Intan Maziah.

Sementara itu katanya, produk keluaran Bebimora setanding dengan kualiti jenama terkemuka yang berada di pasaran ketika ini malah, ia lebih baik kerana menggunakan bahan-bahan terpilih dan organik.

“Untuk produk mandian Head To Toe, ia amat sesuai untuk semua jenis kulit, menyegarkan, menyihatkan kulit, melembutkan rambut, melembapkan kulit, memberikan ketenangan dengan bau yang harum.

Pelanggan boleh lihat dan menilai sendiri antara kelebihan produk keluaran Bebimora.

“Sekarang, pelanggan sudah punya pilihan untuk bertukar ke jenama buatan usahawan BMF. Jadi, saya sarankan, cuba dahulu produk kami, dan rasai sendiri kualiti produk yang kami tawarkan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, misi utama Bebimora ialah mengumpulkan wakil jualan seramai mungkin dan seterusnya melahirkan ramai usahawan Muslim di seluruh negara.

“Dalam masa lima tahun lagi, saya berharap produk Bebimora akan jadi pilihan utama para ibu untuk anak masing-masing, biar produk ini gantikan jenama lain dan jadi pilihan terutamanya untuk pengguna Islam.

Intan Maziah menjadi ‘nadi’ utama lahirnya produk penjagaan bayi khusus untuk umat Islam.

“Kami juga meletakkan sasaran, dalam masa lima tahun lagi produk keluaran Bebimora dapat menembusi pasaran antarabangsa. Sekurang-kurangnya 10 buah negara Islam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here