JKR sahkan seorang kakitangannya positif Covid-19

0
172

CYBERJAYA- Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan seorang kakitangannya di ibu pejabat JKR di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur positif Covid-19 semalam.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, kakitangan itu disahkan positif Covid-19 ketika dalam penerbangan daripada Kuching, Sarawak untuk menghadiri satu mesyuarat.

Katanya, perkara itu diketahui selepas kakitangan terbabit mengambil ujian swab secara rawak di Lapangan Terbang Kuching pada 14 September lalu.

“Dalam perjalanan pulang, pihak Hospital Kuching telah menghubungi beliau dan memaklumkan beliau positif Covid-19,” Kata JKR dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut JKR, kakitangan terbabit telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

“JKR telah mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada Kementerian Kesihatan. Untuk makluman, kontak rapat di kalangan kakitangan JKR telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta menjalani proses kuarantin di rumah.

“Langkah proaktif telah diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here