[VIDEO] Jom ke Ceruk, anda pasti puas dengan aneka hidangannya

0
430


CERUK…iaitu medan selera moden berkonsep moden ala hipster yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kini semakin popular dan sentiasa meniti di bibir peminatnya.

Menerima pelanggan yang ramai membuatkan 12 pengusaha makanan di Ceruk mula tidak menang tangan, jika hari minggu ada pelanggan terpaksa beratur menunggu meja.

Selain hidangan yang menyelerakan, faktor lain menyebabkan Ceruk menjadi pilihan ialah lokasinya yang mudah diakses dan strategik sert pelanggan juga tidak perlu pening mencari parking.

Ibarat ‘syurga’ makanan baharu di Kuala Lumpur, Ceruk menampilkan pelbagai pilihan kepada pelanggan termasuk hidangan barat, tradisional dan juga hipster, hanya pesan sahaja.

Pengurus Ceruk, Muzdalifah Mustapha berkata, ceruk dibangunkan bersama rakan kongsinya, Marina Ramli dan idea penubuhannya timbul sejak tahun lalu dan akhirnya kini dapat direalisasikan.

“Di Ceruk kita ada 12 pengusaha makanan dan dua peruncit. kepelbagaian makanan yang diketengahkan di sini berjaya menarik minat pelanggan daripada segenap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda.

“Walaupun baru beroperasi pada Ogos lalu, Ceruk mendapat sambutan amat baik. Alhamdulillah jumlah pelanggan semakin bertambah setiap hari, saya juga gembira tengok pelanggan dapat menikmati pelbagai hidangan di sini.

Jom ke Ceruk, anda pasti puas dengan aneka hidangannya

“Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami di Ceruk, saya harap pelanggan akan datang lagi dan seterusnya memberi maklum balas positif. Sebab itu, kami amat menitikberatkan setiap menu di sini,” katanya.

12 kiosk di Ceruk ialah Sudu & Knife, Burger Join, BBB fried Chicken, Pegaga, Little Tiara, Dapo Mona, Pasta Dissert, The H, Murni Cheong, Iffah Gravy Nodles, Ns Store dan Hear That Sizzle.

Menurut Muzdalifah, setiap menu di Ceruk mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan kebanyakan pengusaha juga mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia perniagaan makanan.

“Sebagai contoh, antara tarikan menu wajib dicuba yang terdapat di Ceruk adalah Salted Egg Cruspy Chicken, Barbarian Platter, Burger Join dan banyak lagi pilihan-pilihan lain termasuk di Pegaga.

“Harga yang ditawarkan di sini juga berpatutan dan bersesuaian dengan hidangan. Ceruk yang dibina satu tingkat setengah ini mampu menerima lebih 200 pelanggan dalam satu-satu masa.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ceruk ada dua sesi waktu operasi iaitu dari pukul 11.30 pagi hingga 3.30 petang manakala sesi malamnya pula bermula 3.30 petang hingga pukul 2 pagi.

“Pada sebelah siang hanya dua buah kedai sahaja dibuka iaitu Pegaga dan Java untuk menjual makan tengah hari dan air, sementara yang lain pula dibuka serentak pada sebelah petang,” katanya.

Selain itu katanya, , Ceruk juga menawarkan lokasi kepada mereka yang berminat menganjurkan acara koporat mahupun keraian seperti sambutan hari lahir dan sebagainya.

“Sejak beroperasi Ogos lalu, kami telah menjadi hos kepada tiga acara korporat di ruang tertutup di ruangan atas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami mengalu-alukan lagi,” katanya.

Muzdalifah berkata, setakat ini ruang kedai di Ceruk telah penuh yang mana setiap pengusaha dikenakan bayaran sewa sebanyak RM1,800 sebulan dan ia berpatutan berdasarkan lokasinya.

“Saya bersyukur kerana pengusaha memberi komitmen yang tinggi sekali gus menjayakan impian saya dan rakan kongsi untuk mempunyai tenpat makan ‘food court’ ala moden ini.

“Kita juga sebenarnya bekerjasama dengan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), mereka digalakkan meletakkan barang jualan di Ceruk untuk membantu menjana pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu, Marina berkata, mereka memilih Jalan Ampang untuk membuka Ceruk kerana di lokasi berkenaan tiada lagi kedai konsep ‘food court’ moden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here