Jumlah petugas kesihatan di KLIA, KLIA2 ditambah

0
93
Petugas KKM melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap pengembara yang pulang dari Sabah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menambah jumlah kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 untuk menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara yang pulang dari Sabah.

Menurut KKM dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya, petugas kesihatan itu diletakkan di pintu masuk antarabangsa dan domestik.

Pada masa, menurut KKM, semua individu berkenaan turut diwajibkan memakai gelang kuarantin.

“Peraturan baharu itu bermula semalam dan mereka dipakaikan gelang kuarantin dan diwajibkan menjalani kuarantin di rumah (HSO),” katanya.

Semalam KLIA dan KLIA2 sesak dengan penumpang yang beratur untuk menjalani ujian Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Kepulangan beramai-ramai penduduk Semenanjung dari Sabah berikutan berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here