Kanak-kanak bawah umur pandu treler

0
285


CYBERJAYA- Polis telah menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan seorang kanak kanak dibawah umur dirakam sedang memandu sebuah lori treler Jenis HINO.

 
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, hasil semakan lanjut mendapati kejadian berkenaan adalah berlaku di kawasan Rantau di Seremban, Negeri Sembilan.


“Semalam, lebih kurang pukul 4.41 petang telah dikesan satu video tular melalui applikasi Whatsapp yang berdurasi 1:18 minit memaparkan seorang kanak-kanak dibawah umur dirakam sedang memandu sebuah lori treler Jenis HINO. 


“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut adalah berlaku di kawasan Rantau, Seremban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohd. Said, satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu lori treler. 


Katanya, kes disiasat dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan usaha untuk mengesan bapa dan kanak-kanak tersebut sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut masih diteruskan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here