Kedai peralatan dapur setanding jenama antarabangsa dibuka di Malakat Mall

0
441
Kool Kitchen yang kini dibuka di Malakat Mall menawarkan pelbagai jenis peralatan dapur kepada pengguna

RAUDHAH CITY – Kedai peralatan perkakas dapur jenama Kool Kitchen yang berkonsepkan moden dan berseni dilancarkan di pusat beli belah BMF, Malakat Mall hari ini.

Kedai tersebut yang terletak di aras bawah pusat beli belah itu dirasmikan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim.

Menurut Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, peralatan dapur dalam kedai tersebut yang diimport dari luar negara mempunyai kualiti setanding dengan jenama-jenama antarabangsa lain.

Antara barangan dapur yang terdapat di Kool Kitchen

“Jenama Kool Kitchen ini didatangkan bagi membantu keluarga mempercantikkan lagi dapur rumah masing-masing dan sebab itu ‘tagline’ kita ialah Art Kitchen atau dapur yang berseni.

“Peralatan-peralatan dapur yang dijual di sini semuanya menggunakan rekaan antarabangsa sama ada dari segi kualiti dan kemudahan untuk memasak.

“Contohnya, periuk yang dijual di sini tidak perlu dipindahkan ke dalam bekas apabila makanan siap dimasak, tetapi boleh terus dihidangkan di atas meja makan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, Coach Fadzil berkata, kebanyakan barangan dalam kedai tersebut diimport secara terus dari kilang di China yang turut membekalkan peralatan tersebut kepada jenama-jenama antarabangsa yang lain.

Coach Fadzil melihat rekaan periuk berbentuk moden yang sesuai untuk dihidangkan terus di atas meja

“Selain untuk mencantikkan dapur rumah sendiri, peralatan dapur jenama Kool Kitchen juga boleh dijadikan hadiah sempena hari ulang tahun, hari lahir dan perkahwinan.

“Jika barangan dapur ini dihadiahkan oleh suami kepada isterinya, sudah pasti akan menambah lagi perasaan cinta kepada suami dan pada masa sama, anak-anak juga akan bertambah rasa cinta kepada ibunya kerana sentiasa menghidangkan makanan yang enak-enak,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here