Kenakan kuarantin wajib terhadap individu yang pulang dari Sabah

0
314


CYBERJAYA – Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dengan mewajibkan mana-mana individu yang baharu pulang dari Sabah menjalani kuarantin selama 14 hari.


Saranan itu diberikan oleh masyarakat negara ini yag khuatir pandemik Covid-19 akan kembali merebak secara meluas di Semenanjung selepas ketibaan individu yang pulang Sabah.


Kebimbangan yang disuarakan itu ada asasnya kerana ketika ini terdapat jagkitan baharu yang dicatatkan di beberapa negeri berkait dengan individu yang baharu pulang dari Sabah.


Seorang pekerja swasta, Ahmad Fikri Ishak berkata, beliau tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang tidak mewajibkan golongan itu dikuarantin.

Ahmad Fikri Ishak


Katanya, virus Covid-19 cepat merebak, segala kemungkinan boleh berlaku dan sekiranya tidak dikuarantin tidak mustahil akan menyebabkan lebih banyak kontak rapat.


“Mungkin juga ada sebabnya kerajaan tidak wajibkan kuarantin. Saya berharap kerajaan akan ambil langkah yang cepat, apa yang terbaik terserah kepada kerajaan.


“Kepada yag baharu pulang dari Sabah, saya harap anda semua fikirkam tanggungjawab masing-masing dan ambil inisiatif sendiri untuk kuarantin,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.


Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan individu yang pulang dari Sabah dan diuji negatif, tidak bergejala serta bukan kontak rapat pesakit Covid-19 tidak diwajibkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.


Bagaimanapun katanya, individu terbabit digalakkan menjalani kuarantin kendiri atas inisiatif sendiri.


Selain itu, Hadzah Hajan berkata, beliau begitu risau kerana Sabah mencatatkan bilangan kes baharu yang tertinggi ketika ini dan individu yang berkunjung ke negeri itu berisiko dijangkiti Covid-19.

Hadzah Hajan


“Adalah lebih baik apabila balik ke Semenanjung duduk sahaja dirumah, kuarantin diri sendiri sehingga disahkan sihat sepenuhnya dan bebas daripada jangkitan Covid-19.


“Jangan keluar bercanpur dengan orang lain kerana akan menambahkan risiko kepada kontak rapat. Bukan sahaja individu, semua ahli keluarga juga perlu ambil pendekatan yang sama,” katanya.


Sementara Itu, Elfa Ezar Ngadiman meminta mana-mana individu yang baharu pulang dari Sabah untuk bersikap jujur dengan kuarantin kendiri sepenuhnya di rumah selama 14 hari.

Elfa Ezar Ngadiman


“Saya sebagai ibu bapa cukup bimbang jika berlaku penularan Covid-19 di sekolah. Jika berlaku siapa patut kita persalahkam, jadi semua kena mainkan peranan,” katanya.

Suzi Che Hassan


Dalam pada itu, Suzi Che Hassan berkata, beliau lebih suka kerajaan mengambil tindakan lebih tegas, walaupun tidak bergejala kuarantin wajib perlu dikuatkuasakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here