Kerajaan Sarawak tanggung kos kuarantin rakyat bermula 1 September

0
206
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan Sarawak akan menanggung kos kuarantin selama 14 hari bagi rakyat negeri itu yang pulang dari luar negara bermula 1 September.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan itu hanya layak untuk rakyat negeri itu dan bagi yang tidak memiliki status itu perlu menanggung sendiri kos kuarantin yang diwajibkan.

“Kerajaan negeri Sarawak mewajibkan kuarantin selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan oleh selain perlu menjalani ujian swab pada hari kedua dan ke 10.

“Syarat itu dikuatkuasa bermula 1 September lalu manakala ketibaan individu dalam negeri tidak diwajibkan menjalani kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk ketibaan dalam negeri, orang ramai perlu mengisi borang deklarasi kesihatan secara atas talian (e-HDF).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here