[VIDEO] Kesihatan kulit muka dari ekstrak lempoyang

0
468
Kesihatan kulit muka dari ekstrak lempoyang

LAMBAKAN produk kosmetik yang mengandungi bahan berbahaya dan tidak mempunyai pengiktirafan keselamatan meletakkan golongan wanita di negara ini dalam pelbagai risiko dan kesan memudaratkan.

Lebih malang lagi apabila ada yang sanggup mempertaruhkan kesihatan diri semata-mata untuk tampil cantik dalam masa yang singkat tanpa mengambil kira risiko seperti kanser, kerosakan kulit dan juga anggota dalaman badan.

Menyedari keperluan produk kosmetik yang selamat dan berkesan, kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini tampil dengan penemuan khasiat daripada pokok lempoyang atau halia hutan.

Penyelidikan pada ekstrak tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu sejak turun-temurun itu membawa kepada lahirnya produk kecantikan, Halea Natural Skin Care.

Pengarah Kanan, Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia Japan UTM, Dr. Mariam Firdhaus Mad Nordin berkata, penyelidikan daripada dana universiti itu mendapati lempoyang kaya dengan agen anti-oksidan yang baik untuk kulit.

“Antara khasiat utama yang ditemui pada tumbuhan ini adalah agen anti penuaan yang membantu merawat kulit wajah dan memberi kesan anti penuaan semula jadi.

“Formulasi pengekstrakan berasaskan teknologi air ini berupaya merawat jerawat, jeragat dan mengembalikan keremajaan wajah yang lebih mulus,” katanya.

Halea Skin Care
Pengasas Halea Skin Care. Dr.Mariam Firdhaus Mad Nordin.

Dr. Mariam berkata, Halea Natural Skin Care yang dibangunkan dengan teknologi Korea dan diuji di makmal UTM menawarkan pakej lengkap penjagaan serta perawatan wajah yang bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Produk yang sudah lebih setahun berada di pasaran itu juga turut mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM dan memenangi Anugerah Usahawan Penyelidik, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut Dr. Mariam, keberkesanan produk Halea Skin Care dalam rawatan kulit muka setakat ini mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna terutama yang mencari jaminan keselamatan pada produk pilihan mereka.

Beliau berkata, antara kesan ketara adalah penyelesaian masalah jerawat dan jeragat, menutup liang roma atau pori-pori, memutih, menghilangkan kesan parut,
merangsang pengaliran darah, mengekalkan kelembapan kulit dan memberi perlindungan sinar UV.

Katanya, produk lengkap terdiri daripada Brightening Cleaner, Brightening Serum, Anti-Aging Serum, Refreshing Toner, Clay Mask, Rejuvenating Clay Mask, Beauty Cream, Relaxing Scrub dan Hydrating Moisturiser manakala set asas adalah Brightening Serum dan Anti Aging Serum.

Halea Skin Care
Set produk penjagaan kulit Halea dari ekstrak lempoyang atau nama saintifiknya Zingiber Zerumbet yang dibangunkan oleh UTM.

Menurutnya, mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan pori-pori muka tersumbat boleh menggunakan Clay Mask dan Refreshing Toner.

Tambah beliau, butik Halea Skin Care yang beroperasi di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, Kuala Lumpur turut menawarkan khidmat rundingan dan pengimbasan kulit wajah untuk kesan lebih optimum kepada pelanggan.

Halea Skin Care
Kakitangan Halea Skin Care mengimbas wajah pelanggan menggunakan mesin khas.

Sementara itu, keberkesanan produk tersebut diakui oleh pelanggan, Saleha Samsudin yang merasai perbezaan dalam masa dua hanya minggu menggunakan tiga daripada produk Halea Skin Care.

“Perbezaan paling ketara adalah kulit saya menjadi lebih sihat dan cerah.

“Saya sudah banyak kali bertukar produk penjagaan kulit tapi kali ini saya memang rasa ada sesuatu yang lebih pada produk ini,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Halea Skin Care boleh diperolehi dari laman web www.halea.com.my atau hubungi talian 010-408 8589.

Halea Skin Care
Pelanggan menggunakan produk Halea Skin Care.
Halea Skin Care
Set lengkap produk penjagaan kulit Halea.

Maklumat produk dan kegunaan

Brightening Cleanser :
Menggalakkan pengumpulan sel-sel kulit mati.
Mengatasi masalah kulit kering dan tekstur kasar.
Mengeluarkan kekotoran pada kulit dan menjadikan kulit anda bersih, licin dan tidak berminyak.
Dirumuskan untuk keseimbangan kulit
Mencerahkan tona kulit secara semulajadi.

Brightening Serum :
Menyegarkan kulit melalui proses hidrasi.
Mengurangkan kesan penuaan
.

Clay Mask :
Mencerahkan kulit.
Mengurangkan pigmentasi kulit dengan memberikan kelembapan secara terus ke wajah.
Membersihkan pori-pori.
Merangsang pengaliran darah serta penjagaan kulit wajah secara lebih holistik.
Mengoptimumkan kesan penggunaan produk Halea Skin Care lain.

Refreshing Toner :
Mengatasi masalah kulit kering dan liang roma terbuka.

Beauty Cream :
Perlindungan dari sinar UV dengan kandungan SPF50.
Melindungi, menyihat dan mengekalkan kecantikan wajah.
Membantu menutup kesan parut dan jeragat pada wajah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here