Ketua-ketua parti GRS mengadap Yang Dipertua negeri Sabah hari ini

0
260
Tan Sri Annuar Musa

CYBERJAYA – Ketua-ketua parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dipercayai bagi mengemukakan nama calon Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dalam satu ciapan dalam laman Twitter miliknya sebentar tadi.

“Semua 41 ADUN GRS plus bertemu mesra buat pertama kali hari ini.

“Ketua Ketua parti UMNO, Bersatu dan Parti Bersatu Sabah akan mengadap TYT hari ini juga, insya-Allah,” katanya.

Dalam keputusan rasmi PRN Sabah, GRS berjaya memperoleh 38 kerusi DUN sekali gus dapat membentuk kerajaan negeri baharu dengan majoriti mudah.

Sementara itu, difahamkan tiga calon Bebas yang berjaya memenangi PRN semalam memberikan sokongan kepada GRS.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here