Ketua Menteri Sabah diketahui esok

0
137

CYBERJAYA – Teka-teki berhubung siapa yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dijangka diketahui esok melalui majlis angkat sumpah di Istana Negeri Sabah.

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata, majlis itu akan diadakan pada pukul 10.30 pagi.

Namun persoalan mengenai siapa pemimpin yang bakal mengisi jawatan tertinggi negeri itu belum didedahkan kepada umum. 

“Untuk makluman majlis angkat sumpah ketua menteri akan berlangsung pada 29 September 2020 pukul 10.30 pagi di Istana Negeri Sabah,” katanya hari ini.

Barisan Nasional (BN) Sabah dan Perikatan Nasional (PN) Sabah semalam gagal mencapai kata sepakat mengenai calon ketua menteri yang layak selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 38 kerusi pada pilihan raya negeri Sabtu lalu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here