Kilang sebabkan 1.2 juta pengguna terputus bekalan air diarah robohkan bangunan

0
1199
Kilang penyelenggaraan jentera berat yang menjadi punca pencemaran air sehingga menjejaskan pengguna di Lembah Klang

CYBERJAYA – Kilang penyelenggaraan jentera berat yang menjadi punca kepada punca pencemaran air dan menyebabkan hampir 1.2 juta pengguna terputus bekalan air diarahkan merobohkan struktur bangunan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tanah persendirian yang dibangunkan sebagai premis penyelenggaraan jentera berat didapati tidak mempunyai kebenaran merancang daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Beliau berkata, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak juga akan mengeluarkan Notis 7A selepas ia menjadi punca yang menjejaskan 1.97 juta akaun air di seluruh Lembah Klang dan Selangor.

“Kita arahkan pemilik untuk pulihkan, iaitu kosongkan tanah. Maknanya mereka kena robohkan bangunan itu, sampai tempoh tertentu kalau tak ada, kita akan robohkan.

“Operasinya, pihak majlis akan tengok sesuai atau tidak dan sebagainya. Pada masa ini, kita akan tutup paling kurang dalam tiga, empat bulan sebelum ia betul-betul selamat.

“Saya rasa, setelah dua kejadian, kita akan semak segenap mungkin supaya kilang itu tidak beroperasi kerana mereka telah menyusahkan 1.97 juta akaun di seluruh negeri Selangor,” katanya seperti dipetik Astro Awani hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, pihaknya juga telah mengarahkan MPS mengambil tindakan sewajarnya.

Pada masa sama, beliau turut meminta Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan air dan elektrik bagi mengelak premis tersebut beroperasi semula.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here