KKM sasar 30,000 saringan di Tawau, Lahad Datu

0
106
Dr. Adham Baba

TAWAU – Kementerian Kesihatan (KKM) mensasarkan 30,000 saringan dalam komuniti di dua daerah di Sabah iaitu Tawau dan Lahad Datu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, KKM akan meningkatkan saringan Covid-19 secara besar-besaran berikutan penularan wabak di kawasan tersebut.

“Kita laksanakan saringan ini kerana berlaku penularan dalam komuniti selain penjara dan lokap.

“Setakat ini KKM sudah menyaring 10,389 individu di dua daerah berkenaan serta Sandakan selain saringan 128 individu di Tawau,” katanya ketika membuat lawatan kerja ke Tawau hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Dr. Adham berkata sebanyak 29 mesin ventilator tambahan dihantar ke Sabah untuk keperluan pesakit Covid-19.

Ditanya mengenai keperluan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan zon merah di Sabah, beliau percaya ia mencukupi dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) yangvtelah ditetapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here