Koperasi dijemput jadi rakan kongsi Malakat Mall dan KoPPIM

0
373


RAUDHAH CITY- Koperasi-koperasi utama di negara ini dipelawa untuk menjadi rakan kongsi Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dan Malakat Mall.


Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, melalui usaha itu koperasi-koperasi bersama KoPPIM dan Malakat Mall dapat berkongsi keuntungan.


Beliau berkata, usaha sama (JV) antara koperasi-koperasi ini, diyakini dapat mempercepatkan perkembangan Malakat Mall sekali gus dapat berkongsi keuntungan bersama.


“Kita tawarkan kepada koperasi-koperasi utama ini selepas melihat Malakat Mall semakin diterima oleh pengguna Islam, jadi kita ajak semua koperasi bersatu kekuatan.


“Alhamdulillah perkembangan Malakat Mall kita ini amat baik, kita juga mendapat tawaran untuk membeli bangunan dan memperbesarkan ruang yang ada. Ini menunjukkan kita sedang berkembang,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui Malakat Tribune selepas Program Business Talk : Peluang Perniagaan Koperasi Bersama Malakat Mall yang turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi, Datuk Nordin Salleh hari ini.


Menurut Mohd. Fadzil, ketika ini terdapat kira-kira 14,000 koperasi di seluruh negara dan pihaknya menyasarkan 100 koperasi menjadi rakan kongsi KoPPIM dan Malakat Mall dengan ‘share’ RM5 juta.


“Kena faham, duit yang dilaburkan untuk diberikan kepada saya. Duit itu, kita akan gunakan untuk ambil alih Malakat Mall dan kembangkannya dengan sasaran 100 pasar raya sehingga Disember ini,” katanya.


Mengulas mengenai Program Business Talk : Peluang Perniagaan Koperasi Bersama Malakat Mall, Mohd. Fadzil berkata, sambutan yang diterima amat baik dengan disertai lebih 30 koperasi-koperasi utama.


“Sambutan amat baik, daripada apa yang saya lihat mereka sangat bersetuju dengan apa yang kita cetuskan. Koperasi ini ada sistemnya dan perlu dibincangkan dengan Ahli Lembaga Koperasi (ALK),” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here