KWSP tutup pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan Tawau

0
167
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


CYBERJAYA- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter perkhidmatannya di Lahad Datu dan Tawau di Sabah mulai 29 September sehingga tarikh yang diberitahu kelak.


KWSP dalam kenyataannya berkata, keputusan itu diambil berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak, dan Semporna.

Sehubungan itu katanya, semua permohonan Janji Temu Online (JTO) membabitkan cawangan Lahad Datu dan Tawau dibatalkan serta-merta dan pihak yang terbabit perlu membuat janji temu semula selepas PKPDB ditamatkan.


“Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP iaitu iAkaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) yang beroperasi seperti biasa.


“Pembayaran caruman juga masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, KWSP menyarankan ahli dan majikan dapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP termasuk menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03- 8922 6000.


“Dalam tempoh mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau menerusi saluran digital. Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan dan segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here