Laman web Malakat Grocer 812 digodam

0
213

CYBERJAYA – Transaksi pembelian secara dalam talian atau online di Malakat Grocer 812 ditangguhkan buat seketika selepas laman web itu digodam hari ini.

Malakat Mall dalam satu kenyataan melalui Facebook memaklumkan, laman web malakatgrocer.com tidak dapat diakses selepas digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang dialami kerana pembelian online terpaksa kami tangguhkan buat masa ini.

“Pihak pengurusan Teknologi Maklumat kami sedang berusaha untuk membaik pulih kembali laman web tersebut supaya anda boleh teruskan sokongan anda kepada Malakat Grocer 812 di mana jua anda berada,” katanya.

Malakat Grocer 812 merupakan rangkaian pasaraya milik Malakat Mall yang terkenal sebagai platform pasaran utama produk bumiputera serta industri kecil dan sederhana.

Dalam pada itu, Malakat Mall mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong pusat beli-belah berkonsepkan pusat perniagaan Islam itu dengan berbelanja secara online dan juga walk in.

“Mari bersama kita doakan agar laman web kami Lembali aktif seperti biasa. Segala kesulitan amat kami kesali,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here