Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terima pengiktirafan ACI

0
145
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

CYBERJAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi diumumkan sebagai salah satu daripada tujuh buah lapangan terbang di seluruh dunia yang diiktiraf Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) kerana kejayaannya dalam meberikan khidmat pelanggan dan kemudahan terbaik kepada pengguna.

Memetik laporan Bernama, kejayaan ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif, Kumpulan Lapangan Terbang Malaysia (MAB), Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh dalam satu kenyataan, hari ini.

“Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan daripada semua pengguna dan sudah tentu satu motivasi buat kami semua untuk tetap memberikan yang terbaik sewaktu berdepan situasi mencabar kini,” kata Mohd. Shukrie.

Pengiktirafan ini diperolehi melalui pungutan pendapat Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) yang dianjurkan oleh ACI secara tahunan.

“Pengiktirafan ini juga merupakan satu bukti terhadap komitmen dan usaha kami dalam meningkatkan lagi kualiti dan tahap perkhidmatan kami kepada semua,” tambah Mohd. Shukrie.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here