Lebih 200 petugas PBB di Syria positif Covid-19

0
50

CYBERJAYA – Lebih 200 kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Syria kini dijangkiti Covid-19.

Menurut Reuters, perkara ini didedahkan oleh Koordinator Misi Kemanusiaan PBB di negara tersebut, Imran Riza dalam sepucuk surat kepada semua ketua agensi badan dunia tersebut, Selasa lepas.

“(Setakat ini) Lebih daripada 200 kes telah dilaporkan dalm kalangan kakitangan PBB.

“Sebahagian daripada mereka (kini) sedang menerima rawatan, manakala tiga lagi terpaksa dipindahkan (dari Syria) bagi menerima rawatan lanjut,” kata surat tersebut yang dibocorkan kepada Reuters.

Namun, menurut petugas kemanusian dan kesihatan, jumlah kes sebenar dianggarkan lebih tinggi sekiranya kes positif dalam kalangan petugas sukarela yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) yang berkhidmat untuk PBB turut diambil kira.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here