Lebih 25 ekor kerbau milik adik [email protected] Malaysia mati mengejut

0
439
Kerbau milik Syukor yang dikebumikan dalam satu lubang besar. Kredit foto Facebook Syukor

CYBERJAYA – Lebih 25 ekor kerbau milik keluarga Muhammad Syukur Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ maut tanpa diketahui punca sebenar.

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook milik Syukor, dia menunjukkan beberapa ekor kerbau yang mati bergelimpangan dan sedang ditanam dalam satu lubang besar.

“Dugaan besar buat kami sekeluarga, mungkin sekarang musim wabak. Kami sekeluarga mengharapkan doa daripada semua agar musibah ini segera berakhir,” katanya dalam laman Facebook, Syukor Khamis-Kampong Boy hari ini.

Dalam pada itu, berita sedih itu turut dikongsi jurugambar terkenal Dallah Deen menerusi laman Facebook miliknya.

“Pagi ini menerima berita kematian mengejut 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

“Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang,” katanya. ⁣

Sementara itu, Dallah turut menitipkan pesanan kepada semua yang membaca hantarannya itu bahawa perkara hidup dan mati milik-Nya.

“Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT.

“Maha suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣

“Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here