Liverpool menang lagi, tewaskan Arsenal 3-1

0
98
Liverpool berjaya membenam cabaran Arsenal dengan jaringan 3-1 di Anfield awal pagi tadi

CYBERJAYA – Jaringan Sadio Mane, Andy Robertson dan Diogo Jota berjaya membantu juara bertahan Liverpool menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield awal pagi tadi.

Skuad Gunners yang menang dua perlawanan pembukaan mereka musim ini meledak jaringan awal menerusi Alexandre Lacazette hasil serangan balas pantas.

Kemenngan itu menyaksikan Liverpool mengumpul mata maksimum bagi menunjukkan mereka adalah pasukan yang perlu ditewaskan dalam Liga Perdana musim ini.

Pasukan besar lain seperti Manchester City, Chelsea, Manchester United, Tottenham dan kini Arsenal semuanya tewas dalam tempoh tiga minggu permulaan liga.

Bagaimanapun, keputusan perlawanan awal pagi tadi pastinya berbeza jika Mane tidak terlepas dengan hanya kad kuning kerana menyiku Kieran Tierney selepas tiga minit permainan.

Arsenal mengikut perancangan permainan mereka yang menyaksikan dua kemenangan mengatasi Liverpool beberapa bulan kebelakangan ini ketika pasukan itu banyak bertahan dan menyerang balas ketika Reds menguasai bola.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here