Macamlah orang tak kenal Dr. Noor Hisham, laman web scam kantoi!

0
454

CYBERJAYA – Laman web syarikat perlombongan permata yang menggunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) tidak lagi boleh diakses kemungkinan telah pun ‘dimatikan’.

Semakan pada laman web kashiminingcompany.com mendapati tiada sebarang maklumat dipaparkan pada alamat berkenaan selepas pendedahan mengenai penyalahgunaan gambar Dr. Noor Hisham sebagai anggota pengurusan syarikat itu.

Tan Sri Dr. Noor Hisham dalam satu hantaran di Facebook semalam mendedahkan ada pihak menggunakan gambarnya sebagai COO sebuah syarikat perlombongan.

“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam website mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu,” katanya.

Penggunaan gambar yang dipercayai untuk tujuan penipuan atau scam itu telah menamakan beliau sebagai Aidan Razif.

Turut menjadi mangsa adalah Timbalan Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar USM, Mohamad Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat dengan nama palsu, Mohamed Lew.

Cari umum melalui enjin carian mendapati laman web berkenaan dikaitkan dengan syarikat perlombongan yang beralamat di nombor 700, Kampung Patau-Patau 2, Labuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here