Majlis menghadap ditangguhkan – Istana Negara

0
339
Istana Negara

CYBERJAYA – Istana Negara dalam satu kenyataan mengumumkan penangguhan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri yang dijadualkan hari ini kerana kegeringan yang dialami oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kata kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan para pakar di Institut Jantung Negara (IJN).

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Tun Daim Zainuddin; para Jemaah Menteri Kabinet; dan individu termasuk Anwar yang telah mendoakan kesihatan Seri Paduka Baginda,” kata kenyataan itu.

Baginda turut mengambil kesempatan ini untuk turut menasihatkan rakyat jelata supaya bertenang dan menjaga kesihatan diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih diancam dengan penularan pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here