[VIDEO] Malakat Mall bantu kru penerbangan hilang kerja akibat Covid-19

0
873
Bekas pramugari syarikat penerbangan Emirates, Shaza Aminah Mohd. Shah menunjukkan produk kecantikan yang dikeluarkannya sendiri

RAUDHAH CITY – Menyedari ramai pekerja industri penerbangan kehilangan pekerjaan akibat Covid-19, pusat beli belah, Malakat Mall mengambil inisiatif membantu mereka yang terjejas berniaga.

Sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, pusat beli belah itu menganjurkan program ‘Aviation Flee Market’ dengan disertai oleh pramugari dan pramugara yang pernah serta sedang berkhidmat bersama syarikat penerbangan.

Menurut Konsultan Khidmat Pelanggan Malakat Mall, Noor Herdawaty Zakaria, program yang julung kali diadakan itu disertai sebanyak 37 usahawan daripada pelbagai latar belakang industri penerbangan.

Noor Herdawaty Zakaria

“Hari ini kita memberi peluang kepada semua kakitangan penerbangan yang terdiri daripada kabin kru, juruterbang dan dan lain-lain membuka ‘booth’ dan menjadi usahawan.

“Ada antara mereka baru mula berniaga dan ada yang sudah biasa berniaga sebelum ini. Pelbagai barangan ada dijual seperti koleksi peribadi, alat memasak, barangan elektrik, kasut dan pokok hiasan,” katanya kepada Malakat Tribune.

Malakat Mall bantu kru penerbangan hilang kerja akibat Covid-19

Dalam pada itu, Noor Herdawaty yang juga bekas pramugari berkata, memandangkan sambutan luar biasa daripada orang ramai dan vendor terlibat, pihaknya berhasrat menganjurkan versi kedua acara itu.

Sementara itu, Noor Herdawaty turut menasihatkan kru penerbangan yang kehilangan pekerjaan supaya tidak menyerah kalah dan tertekan kerana rezeki Allah sangat luas.

“Kita jangan rasa tertekan, perjalanan ini masih jauh dan rezeki Allah sangat luas.

“Ini adalah masa untuk kita keluar dari zon selesa dan buat apa yang terbaik,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here