Malaysia bertegas tuntutan terhadap Sabah tidak akan dilayan

0
162
Pengumuman mengenai Sabah yang menyertai pembentukan Malaysia

CYBERJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan bahawa sebarang tuntutan ke atas Sabah tidak akan dilayan dan dirunding.

Beliau berkata, ini berdasarkan fakta sejarah bahawa pada 14 September 1963, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika itu melaporkan kepada Perhimpunan Agung PBB bahawa rakyat Sabah memilih menyertai Malaysia.

“Sejak itu, PBB dan masyarakat antarabangsa iktiraf Sabah sebagai “an inseperable, unalienable and integral part of Malaysia”.

“Pada 16 September 1963, Sabah dengan rasminya sertai Persekutuan Malaysia,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Hishammuddin berkata, hantaran itu dimuat naik bagi menjawab beberapa yang dikeluarkan oleh pembangkang sejak akhir-akhir ini.

“Dalam beberapa hari ini, saya banyak tulis di Facebook saya tentang isu tuntutan pihak asing ke atas Sabah.

“Saya bukan suka-suka tetapi sebagai Menteri Luar, saya perlu respon kenyataan yang dikeluarkan beberapa orang pemimpin pembangkang.

“Saya harap semua pihak jelas mengapa kerajaan Persekutuan bertegas untuk tidak melayan apatah lagi berunding dengan mana-mana pihak yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here