“Masih banyak yang perlu dilakukan” – Mohd. Fadzil

0
203
Mohd. Fadzil (berdiri) ketika berucap pada Majlis Jalinan Ukhwah Rakan Strategik Malakat Mall di Casa de Madani, malam tadi. – MALAKAT TRIBUNE

CYBERJAYA – Penubuhan Malakat Mall sebagai salah satu instrumen mengukuhkan ekonomi orang Islam di Malaysia perlu disertai dengan gerak kerja yang lebih jitu.

Demikian kata Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hasim pada Majlis Jalinan Ukhwah Rakan Strategik Malakat Mall di Casa de Madani, di sini malam tadi.

“Kita harus memahami bahawa masih banyak yang perlu dilakukan, dan kita harus melakukan gerak kerja (ini) dengan bersama secara lebih teratur lagi,” kata Mohd. Fadzil pada majlis tersebut.

Pada majlis yang sama, Mohd. Fadzil turut menzahirkan rasa perhargaan khususnya kepada Pembela dan badan NGO lain yang telah berjaya membangkitkan gelombang kebangkitan rakyat dan usahawan ‘Buy Muslim First’ (BMF).

Antara yang hadir, Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya; Presiden Perkid, Ustaz Masridzi Sat; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; peguam Datuk Zainul Rizal Abu Bakar; dan beberapa lagi tokoh dan ilmuwan Islam.

Majlis yang sama turut menyaksikan pelantikan beberapa individu membarisi majlis penasihat Malakat Mall dan KoPPIM.

Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall
Aminuddin Yahya
Datuk Nadzim Johan

Penasihat Agama Malakat Mall
Ustaz Masridzi Sat

Ahli Majlis Penasihat KoPPIM (Sesi 2020 – 2022)
Aminuddin Yahya
Ustaz Masridzi Sat
Datuk Zainol Rijal Abu Bakar
Mahmud Hishamuddin

Ahli Kehormat Majlis Penasihat Ekonomi KoPPIM (Sesi 2020 – 2022)
Mohd. Fadzil Hashim



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here