Masjid di Pahang dititahkan adakan solat hajat untuk kesembuhan Agong

0
125
Gambar hiasan

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu supaya mengadakan solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, menitahkan supaya majlis itu diadakan selepas solat maghrib, hari ini.

“Tengku Hassanal juga berkenan supaya solat hajat bagi mendoakan kesembuhan segera dan semoga Seri Paduka dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan, diadakan selepas solat Jumaat, esok.

“Semoga Allah juga melindungi negara dan Pahang daripada segala bencana, wabak, malapetaka serta huru-hara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Istana Negara mengesahkan Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang, dimasukkan ke Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) selepas berasa kurang selesa dengan tahap kesihatan baginda.

Bagaimanapun, keadaan baginda dilaporkan tidak membimbangkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here