Mohamaddin dakwa tragedi Lahad Datu hanya sandiwara

0
71
Datuk Mohamaddin Ketapi

CYBERJAYA- Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 adalah satu ‘sandiwara’.

Berucap semasa kempen untuk calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohamaddin berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.

Katanya, ketegangan ketika itu telah mencetuskan ‘perang’ dan ramai orang mati disebabkan kejadian berkenaan.

“Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU yang lalu, dia bilang Filipina mahu ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihanraya tiada pula peperangan itu.

“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu,” katanya semasa kempen ceramah berkenaan.

Video rakaman kempen Mohamaddin itu kini mula tular di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here