MPSepang sedia mudahkan urusan lesen penjaja kecil

0
588


CYBERJAYA – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sedia untuk mempermudahkan urusan permohonan lesen penjaja kecil di kawasan pentadbirannya.


Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, kemudahan itu tertakluk kepada lokasi perniagaan dan juga segala urusan permohonan daripada penjaja.


“Masalah penjaja bukan sahaja berlaku di kawasan Sepang sahaja, kawasan lain pun sama. Kita akan cuba selesaikan segala permasalah yag timbul membabitkan penjaja kecil.


“Jika sesuai, kita akan keluarkan lesen dan sekiranya lokasi tidak sesuai kita akan pindahkan ke kawasan yang sesuai untuk mudahkan urusan semua pihak,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akbar selepas Majlis Angkat Sumpah sebagai Yang Dipertua MPSepang yang baharu dan Mesyuarat Penuh Khas Bil 8/2020 di sini hari ini.


Menurut Abd. Hamid, beliau juga berharap orang ramai memainkan peranan dengan membeli di kawasan yang sesuai bagi meggelak perkara tidak diinggini berlaku.


“Biasanya lokasi yang jadi pilihan penjaja kecil ini ialah di laluan jalan utama, ia menyebabian berlaku kesesakan. Jadi kita ingin elak perkara ini berlaku.


“Kita juga tidak memberi jaminan semua diberikan lesen, ia tertakluk kepada beberapa perkara terutamanya lokasi. Kalau tempat sesuai kita akan berikan lesen untuk tempoh tertentu.


“Sekarang ramai yang terkesan ekoran pandemik Covid-19, mereka mencari altrrnatif lain untuk menampung perbelanjaan dan salah satunya ialah menjadi penjaja kecil,” katanya.


Dalam pada itu katanya, kedudukan kewangan MPSepang berada di satu tahap yang sangat kukuh dan selesa namun, pandemik Covid-19 juga memberi kesan.


“Berikutan penularan pandemik itu, tren kutipan hasil MPSepang turut terjejas dan dijangka akan menunjukkan penurunan sehingga hujung 2020.


“MPSepang, telah membuat perancangan semula bagi setiap perbelanjaan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini dengan mengambilkira penjimatan yang dapat dilaksakan.


“Oleh itu, anggaran bajet 2020 yang dianggarkan sebanyak RM200 juta dengan lebihan RM50,000 telah disemak dan mesyuarat setuju untuk kurangkan bajet sebanyak 20 peratus,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here