
NASA akan menghantar sistem tandas terbaharu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) minggu depan sebagai persediaan penggunaannya dalam pengembaraan angkasa termasuk ke bulan dan Marikh tidak lama lagi.
Sistem tandas berharga RM92 juta iyang dinamakan Sistem Pengurusan Sisa Universal (UWMS) itu dikatakan mempunyai saiz 65 peratus lebih kecil dan 40 peratus lebih ringan berbanding tandas yang digunakan di ISS ketika ini.
Teknologi yang lebih cekap itu dikatakan mampu menampung jauh lebih banyak sisa buangan manusia berbanding dengan model sebelum ini.
Menurut laman web space.com, teknologi itu akan diuji selama kira-kira tiga tahun sebelum digunakan untuk tugasan eksplorasi angkasa lepas akan lepas.
Sistem tandas ini akan dihantar melalui kapal kargo bekalan Northrop Grumman pada Rabu ini dan akan dipasang di Node 3 ISS, bersebelahan dengan sistem tandas sebelum ini.
